Jumaat, 20 September 2013

JANJI KETUA BAHAGIAN BATU BELUM TERTUNAI !!! DAH JANJI LAIN PULAK KE ???

Sangkakala ada dengar daripada ahli ahli UMNO Bahagian Batu yang Ketua Bahagian, Datuk Yahya Mat Ghani pernah berjanji dalam pemilihan 2008 bahawa penduduk Kampung Medan Wira akan mendapat tanah di penempatan tersebut sekiranya beliau menjadi Ketua Bahagian.

Agak agak, dah dapat ke tanah tu? Berapa keluasan yang diperolehi oleh setiap penduduk di Kampung Medan Wira? Untuk mengelakkan daripada menerima makian dari penduduk, kini Datuk Yahya atau Tok Abbas mula menjaja janji janji baharu iaitu, kelulusan pinjaman TEKUN dan jawatan Senator.

Sangkakala pernah keluarkan dalam laman blog ini juga pada tahun 2011 yang mana, ketua cawangan Kampung Medan Wira pernah mengatakan kepada para perwakilan sekiranya Abbas GAGAL untuk memperjuangkan tanah di penempatan tersebut kepada para penduduk, maka dalam pemilihan kali ini, Abbas akan ditolak keluar dan orang lain akan menjadi pengganti.

Ternyata selama 5 tahun menjadi Ketua Bahagian, Abbas masih lagi gagal melunaskan janjinya kepada penduduk Kampung Medan Wira.

Bagi Sangkakala, seorang manusia yang gagal melunaskan janji adalah munafik, dan orang munafik tidak layak diangkat sebagai pemimpin.

Selama 5 tahun Abbas mencari kekayaan, dan dengar cerita sekarang ni dah ada kediaman yang boleh dianggap MEWAH di kampung, itu mengikut sumber yang Sangkakala dapat, dengar cerita Abbas telah membina sebuah BUNGALOW di kampung isteri beliau, nanti Sangkakala akan dapatkan gambar untuk kesahihan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone