Sabtu, 7 September 2013

GEJALA REMPIT DI IPOH MAKIN MENJADI

Semakin naik harga minyak semakin menjadi jadi pulak gejala lumba haram di Malaysia ni membabitkan anak anak muda.

Agaknya kenaikan harga minyak ni tak menjadi kesan kepada mat mat rempit di sekitar Ipoh ni.

Sangkakala pun agak hairan, mereka ni takde kerja ke nak buat esok? Atau memang mereka ni tak bekerja tetapi menghabiskan duit mak bapak je?

Bukan cemburu atau dengki, tapi kegiatan ini seharusnya diperangi secara habis habisan, kerana mereka bukan sahaja mengancam keselamatan diri, tetapi mereka juga mengancam keselamatan pengguna pengguna jalan raya yang lain.

Harap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka ini agar keselamatan pengguna jalan raya yang lain lebih terjamin.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: