Khamis, 19 September 2013

PROSEDUR PERTANDINGAN DALAM PEMILIHAN UMNO

Berikut ialah prosedur yang perlu dipatuhi oleh anggota yang berhasrat bertanding pada pemilihan UMNO, semasa menyerahkan borang pencalonan di ibu pejabat Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, Sabtu ini:

1. Bakal calon/wakil perlu kemuka kad pengenalan, nombor keanggotaan dan borang pencalonan di Kaunter 1, Aras 5 untuk disahkan sebelum diberi nombor giliran.

2. Bakal calon/wakil seterusnya perlu mengenal pasti saluran pendaftaran berdasarkan jawatan yang ingin ditandingi (Majlis Tertinggi, Wanita, Pemuda atau Puteri) dan mendaftar diri di Kaunter Pendaftaran (Kaunter 2).

3. Bakal calon/wakil akan diberi 'kad giliran' untuk menentukan saluran penyerahan borang pendaftaran dan perlu menunggu di ruang yang disediakan sehingga nombor giliran mereka dipanggil.

4. Apabila nombor bakal calon/wakil dipanggil, individu itu boleh memasuki Bilik Labuan/Kuala Lumpur bagi menyerahkan borang pencalonan mengikut saluran yang ditetapkan.

* Bagi jawatan pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, presiden, timbalan presiden, naib presiden dan bagi pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap serta ketua dan naib Pergerakan sayap parti (Kaunter A)

* Bagi jawatan Majlis Tertinggi (MT) dan exco sayap (Kaunter B)

5. Borang pencalonan akan melalui lima langkah pemeriksaan termasuk pengesahan maklumat diri; borang pencalonan direkod dan diberi 'nombor calon'.

6. Borang pencalonan seterusnya diserahkan kepada petugas jawatankuasa pemilihan untuk proses saringan dan maklumat dalam borang disemak dengan pangkalan data parti. Borang yang lengkap akan disahkan sebelum bakal calon/wakil diberi salinan borang pencalonan beserta nombor calon sebagai bukti pendaftaran.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone