Khamis, 5 September 2013

@asamadsaid KEBAL UNDANG UNDANG ??? ZAHID PERLU MOHON MAAF


Anwar Ibrahim minta supaya Datuk Seri Zahid Hamidi mohon maaf kepada A.Samad Said sebab polis tangkap dia pukul 12 malam? Apa ke bodoh punya ketua pembangkang ni?

Kan polis dah suruh serah diri tapi taknak, memangle polis akan datang ke rumah untuk buat tangkapan tak kira le pukul berapa sekali pun.

Kalau taknak kena tangkap pegi serah diri kan ke senang?

A.Samad Said telah ditangkap di rumah setelah ingkar dengan arahan polis supaya dia serah diri sebab mempromosikan bendera Sang saka Malaya kononnya. 

Lagi satu, Anwar kata sebab umur Samad Said dah 80 tahun, apa kena mengena dengan umur kalau polis nak tangkap? 

Umur tu buatkan Samad Said kebal undang undang ke? 

Dah salah buat cara salah,  jangan nak tunding jari sana sini nak tegakkan kebenaran pulak.

Ini negara ada undang undang, kalau negara lain silap silap lagi teruk kenanya.