Khamis, 26 September 2013

@NajibRazak UMNO MAKIN MENGARUT !!! ANAK MUDA DAH MULA PERTIKAI

Dengan mengadakan peraturan peraturan mengarut dalam pemilihan kali ini sudah pasti akan membuatkan anak anak muda merasa tidak selesa dan menganggap UMNO hanya untuk ditadbir oleh golongan tertentu khususnya golongan yang ternama.

Sangkakala ulangi semula kisah tentang calon MT yang mewakili pergerakan pemuda UMNO Malaysia Tun Faisal Ismail Aziz yang digugurkan namanya daripada bertanding sebagai ahli majlis tertinggi UMNO Malaysia. 

Jelas disini menunjukkan bahawa UMNO seolah oleh membohongi ahlinya sendiri terutamanya penyokong kuat dan juga yang telah berjuang bagi memastikan Barisan Nasional tetap menjadi kerajaan.

Tapi apa pula yang UMNO dah buat untuk membalas jasa penyokong kuat ini? Dengan menolak mereka secara mentah mentah? Dalam perlembagaan UMNO jelas mengatakan bahawa setiap ahli yang mempertikai keputusan majlis tertinggi UMNO boleh dikenakan tindakan termasuklah melucutkan keahlian mereka.

Bagi Sangkakala, tidak menjadi kudis sekiranya di lucutkan keahlian atau tidak lagi duduk dalam UMNO yang hanya memiliki pemimpin yang mementingkan diri serta kedudukan sendiri.  

Untuk apa memperjuangkan parti yang hanya akan menaikkan pemimpin pemimpin yang lama kelamaan akan mengatakan bahawa mereka akan terus kekal dan tidak akan diganggu gugat oleh golongan muda yang berpotensi.

Sangkakala juga melihat UMNO akan kehilangan golongan profesional muda kerana pemikiran mereka lebih jauh kehadapan dan tidak mustahil yang setia menyokong juga akan keluar untuk memberikan peluang kepada pemimpin pemimpin ini syok sendiri dalam kepimpinan.

Mungkin dengan cara pengunduran diri akan membuat pemimpin pemimpin yang takut dengan bayang bayang sendiri ini akan merasa lebih selamat dan mereka boleh memegang jawatan sehingga ke liang lahad.

Jadi UMNO adalah parti terakhir kehidupan dan maaf kalau Sangkakala katakan bahawa UMNO pada hari ini sudah seperti kerajaan firaun yang takut akan kekalahan serta pemimpin yang takut akan kehilangan kedudukan. 

Untuk pemimpin pemimpin UMNO yang amat risau dengan kehilangan kedudukan dan pangkat,  Sangkakala ada satu oesanan disini, yang hidup pasti mati dan apabila mati akan tinggallah segala kedudukan dan kekayaan yang kamu semua sudah perolehi, sudah sampai masanya kamu semua tamak akan ganjaran di akhirat pula, kerana ketamakan kamu telah membuatkan kamu menjadi hamba kepada pangkat serta kedudukan.