Inilah mentaliti Ketua UMNO Bahagian Batu yang mempertikai pasukan pemantau yang ditugaskan untuk memantau perjalanan mesyuarat.
Masalahnya ialah, Datuk Yahya Mat Ghani yang menjadi Ketua Bahagian tidak berpuas hati apabila banyak cawangan bunian yang diwujudkan oleh beliau tidak cukup korum semasa menjalankan mesyuarat.
Itu dari apa yang Sangkakala dengar la, dan pasukan pemantau sudah pasti akan memberikan laporan secara telus kepada badan perhubungan negeri serta UMNO Malaysia.
Dengar cerita, cawangan Tok Abbas sendiri pun bermesyuarat tak cukup korum dan sebab itu juga beliau seolah olah naik angin sehingga mengatakan pasukan pemantau menyusahkan.
Ini rupa nak jadi Ketua Bahagian lagi? Nampaknya kalau ada yang tak kena, tau pulak Tok Abbas naik angin, tapi bila dia buat sesuatu yang tak kena cuba pulak nak tutup.
Kepada pengampu di bahagian Batu, sedar sedarlah sikit, mengikut jangan membabi buta sebab tak guna nak ikut kalau orang yang berjuang ni hanya tau nak isi poket sendiri.
Main golf dari pagi, habis modal cari lagi dan begitulah seterusnya, bila sampai masa pemilihan mula la nak menangis sana sini nak tunjukkan yang dia tu betul.
Sangkakala nak bagi tau la kat sini, Sangkakala hentam Tok Abbas ni bersebab dan sebab utama ialah kerana Sangkakala tak nampak dimana tanggungjawab beliau selama ni hingga membuatkan keputusan pilihanraya memberikan lebihan undi pada pembangkang.
Adakah itu satu kejayaan selama hampir 5 tahun Tok Abbas menjadi Ketua Bahagian? Adakah itu cara kerja yang betul betul unggul yang dilakukan oleh Tok Abbas selama menjadi Ketua Bahagian Batu?
Tepuk dada tanya iman.