Selasa, 24 September 2013

ISMAIL SABRI KENA LANGGAR ??? TERUK KE ???


Ahli parlimen Bera yang juga merupakan Menteri Perindustrian dan Asas Tani dikatakan telah dilanggar di bahagian beliau.

Ini bukan la kes langgar kereta tapi langgar dalam pemilihan agung UMNO yang akan berlangsung pada 19 oktober nanti.

Dengar cerita yang langgar Ismail Sabri kali ni ialah bekas Setiausaha politik beliau sendiri dan kalau nak diikutkan kenyataan yang dibuat oleh Ismail jelas beliau agak kecewa juga.

Tapi takpelah Datuk Seri, ini pemilihan dan UMNO telah mengatakan bahawa pemilihan kali ini adalah demokrasi apabila semua perwakilan akar umbi layak untuk memilih pemimpin di semua peringkat bermula dari peringkat bahagian.