Isnin, 9 September 2013

MAT SABU KINI KELAM KABUT !!! HANYA NASIB MENENTUKAN !!!


Mat Sabu kini dikatakan kelam kabut untuk mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden apa bila Nik Aziz seolah olah memberikan arahan kepada para perwakilan dalam muktamar PAS agar memilih calin Timbalan Presiden dari kalangan Ulama.

Apa akan jadi dengan nasib Mat Sabu nanti?

Tuan Ibrahim Tuan Man mungkin akan bertanding sekai lagi melawan Mat sabu dan ada juga ura ura yang mengatakan bahawa Mujahid Yusof Rawa akan bertanding sama dalam merebut jawatan tersebut.

Nampaknya Mat Sabu kena bersedia kali ni untuk menerima kekalahan apabila Mursyidul Am PAS sendiri seperti menolak beliau yang bukan dikalangan ulama untuk kekalkan kerusi yang ada sekarang.

Apa dah jari Mat Sabu? Mungkinkah kali ni kita akan melihat berakhirnya riwayat politik Mat Sabu yang sering dikaitkan dengan fahaman syiah walaupun dia menafikan perkara itu.

Perlu ingat, itu bukan orang UMNO yang cakap, tapi orang PAS sendiri, mungkin orang PAS ada bukti yang menjurus kearah tuduhan mereka tu.