Selasa, 17 September 2013

KEPUTUSAN MUKTAMAD @NajibRazak BUAT RAKYAT RASA LEGA !!!

Buata kali pertama dalam beberapa bulan, Sangkakala bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh Perdana Menteri. 

Dengan tidak membenarkan mayat mendiang Chin Peng untuk dibawa balik dan disemadikan di Malaysia sudah pastinya akan membuatkan mereka yang pernah merasai kekejaman komunis merasa lega.

Memang dalam era keganasan komunis, ramai dikalangan rakyat Malaysia yang diperlakukan dengan kejam termasuklah dibunuh malah ribuan anggota tentera dan pasukan keselamatan negara telah terkorban, cedera dan sebagainya.

Namun hari ini,  apabila Chin Peng mati, ada juga dikalangan pembangkang yang mengangkat Chin Peng sebagai pejuang dengan hanya berpaksikan kepada pembunuhan Sir Henry Gurney yang dilakukan oleh Komunis.

Pembangkang mengatakan bahawa dengan pembunuhan tersebut, rakyat dan negara Malaysia telah mendapat kemerdekaan tetapi adakah mereka fikir kembali mengapa Sir Henry Gurney di bunuh oleh komunis?

Sangkakala bukanlah berniat untuk menegakkan penjajah negara tetapi yang sebenarnya berlaku ialah, Sir Henry Gurney adalah ketua pasukan keselamatan yang bertuhas untuk memerangi komunis dan oleh kerana itu juga beliai telah diunuh.

Tetapi jika Sir Henry Gurney adalah penyokong kepada perjuangan komunis, adakah beliau akan dibunuh sepertimana yang berlaku? Sudah pastilah ianya tidak akan terjadi. 

Jadi disini Sangkakala juga membuat kesimpulan, jika komunis adalah pejuang tanah air, mengapa selepas beberapa puluh tahun baru mereka meletakkan senjata dan kenapa tidak pada tahun 1958 atau 1959 iaitu selepas beberapa tahin Malaysia mencapai kemerdekaan.

Lagi satu, jika mereka benar benar pejuqng jepada keamanan dan keharmonian tanah air, mengapa mereka perlu berjuang dengan mengangkat senjata dan berperang dengan kerajaan.

Jangan buta sejarah wahai pembangkang hanya semata mata kamu semua mahu memerintah, mereka yang mengatakan bahawa Chin Peng adalah pejuang bagi Sangkakala adalah saki baki komunis yang ada di Malaysia dan sepatutnya mereka ini di perangi sama macam kita memerangi Parti Komunis Malaya satu nasa dulu.