Rabu, 18 September 2013

@MyKinabatangan BAPA ANGKAT BAHAGIAN BATU !!! MOHON BUAT PEMANTAUAN SERTA NASIHAT !!!

Sangkakala amat berharap agar Datuk Bung Mohtar dapat memantau bahagian Batu sebab beliau adalah Ahli Majlis Tertinggi angkat bahagian ni.

Bukan apa, banyak sangat yang Sangkakala lihat tak berapa molek di bahagian ni terutamanya semasa kempen pemilihan ni di jalankan sekarang.

Sangkakala rasa mungkin akan ada beberapa cawangan termasuk cawangan Ketua Bahagian sendiri yang akan digantung sebab ramai ahli cawangan tidak menerima notis untuk bermesyuarat, begitu juga cawangan cawangan yang diwujudkan oleh beliau demi untuk menjaga kedudukan sebagai Ketua Bahagian.

Sangkakala juga dengar di bahagian Batu ni ada 6 NGO yang bernaung dibawah pentadbiran UMNO, cuba tolong semak sikit, apa fungsi NGO NGO ni, adakah mereka ini membantu dalam kempen pilihanraya yang lepas atau sekarang menerima kemasukan duit semata mata atau mungkin juga untuk mengaburi mata para ahli UMNO Batu.

Tapi ini adalah yang paling hebat, yang ini Sangkakala rasa kena sampai pihak SPRM atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia campur tangan apabila ada dakwaan yang mengatakan bahawa duit peruntukan yang di panggil MAYANG telah pun lesap di Bahagian Batu.

Dan apa yang memeranjatkan, Sangkakala juga dengar bahawa Ketua Bahagian iaitu Datuk Yahaya Mat Ghani pernah bercadang agar duit tersebut dibahagi bahagikan sesama Ahli Jawatan Kuasa Bahagian, tetapi ramai yang menolak dan selepas itu duit MAYANG ini lesap.

Ini dikuatkan lagi dengan laporan dan protes daripada pemuda MIC kepada Timbalan Presiden UMNO bahawa mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan Datuk Yahaya Mat Ghani mentadbir UMNO bahagian serta menjadi Pengerusi Barisan Nasional kawasan Batu.

Jadi Sangkakala rasa, jalankan siasatan segera, sebab yang akan menerima kesan keatas semua ini adalah UMNO dan Barisan Nasional.

Nanti Sangkakala akan dedahkan pula tentang duit peruntukan pilihanraya yang dikhabarkan juga lesap dan ada beberapa ahli parti komponen yang akan membuat pendedahan ini.

Harap Datuk Yahaya sudah bersedia sepenuhnya untuk menjawab segala persoalan yang bakal keluar nanti.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone