Ahad, 29 September 2013

KARPAL MOHON MEMERINTAH NEGARA ??? MACAM BUANG TEBIAT JE !!!


Karpal memohon supaya beliau diberikan peluang untuk memimpin negara bersama sama dengan pemimpin DAP yang dah tua tua belaka.

Kenapa Karpal mohon untuk beliau dan pemimpin DAP sahaja? Kenapa tidak memohon untuk seluruh kepimpinan pakatan pembangkang?

Nampaknya Karpal memang mahukan DAP menjadi kerajaan dan gabungan parti DAP dengan PAS dan PKR hanya untuk mencapai matlamat seperti yang dikatakan oleh beliau.

Kalau ini pun puak puak PAS dan PKR tak nampak lagi memang mereka ni jenis buta kayu le agaknya.

Secara terang terangan Karpal telah menunjukkan siapa DAP yang sebenar dan mereka seperti yang Sangkakala katakan tadi hanya menggunakan PAS dan PKR untuk kepentingan mereka sendiri dan sekiranya negara jatuh ke tangan pembangkang, DAP akan menggunakan semua peluang yang ada untuk menjadi kerajaan tunggal.