Ahad, 22 September 2013

KENYATAAN HADI AWANG BUAT NIK AZIZ RESAH GELISAH

Kenyataan Presiden PAS, Hadi Awang yang mengatakan bahawa parti tersebut sedia untuk mengadakan perbincangan tentang pelbagai aspek jelas membuatkan Nik Aziz akan merasa tidak selesa. 

Kan Nik Aziz memang langsung tak mahu mengadakan apa juga perundingan dengan Barisan Nasional walaupun ramai dikalangan ahli PAS itu sendiri mahukan 2 buah parti ini bergabung demi kesinambungan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu di Negara ini.

Dengan menyatakan bahawa PAS dan UMNO pernah duduk diatas satu pentas dalam mengadakan perundingan untuk kesejahteraan orang Melayu dan agama Islam di negara ini, sudah pasti membuatoan Nik Azis akan merasa tidak selesa.

Tapi itulah PAS yang dilihat akan sentiasa mengelakkan diri pada saat saat akhir jika akan mengadakan perbincangan ekoran dqri kenyataan atau nawihat daripada Nik Aziz. 

Sangkakala berpendapat, sekiranya perkara yang membawa kebaikan untuk orang Melayu dan agama Oslam, ianya tidak patut dihalang apatah lagi mereka mengatakan bahawa mereka adalah pejuang kepada agama islam.

Jadi rakyat perlu menilai, sejauh mana keikhlasan kata kata Hadi Awang ini.