Rabu, 9 Januari 2013

MALAYSIAKINI INGKAR ARAHAN PIHAK POLIS

Malaysiakini mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan memohon untuk mendapatkan pas wartawan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu.

Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar berkata permintaan pihak polis itu - yang dilihat bertujuan untuk membezakan petugas media daripada perserta perhimpunan itu - tidak akan membantu polis dalam tugas mereka dalam mengendalikan sesuatu perhimpunan aman.

Ini jelas menunjukkan bahawa Malaysiakini ingkar dengan arahan polis yang mana meminta para wartawan atau penulis laman sosial menggunakan pas sementara tersebut supaya lebih dikenali.

Dalam himpunan BERSIH yang lepas, Malaysiakini melaporkan bahawa seorang dari wartawan mereka telah dipukul dan kad memori kamera dirampas.

Nampaknya ketua pengarang Malaysiakini lebih mementingkan berita dari wartawan, tujuan polis memberikan pas sementara tersebut adalah untuk membezakan diantara wakil media dan peserta himpunan, kerana terdapat sesetengah wartawan tidak memakai pas wartawan semasa membuat liputan.

Tapi sekurang kurangnya pihak polis sudah berusaha untuk melakukan yang terbaik, jika ada yang ingkar itu bermakna sengaja mencari penyakit sendiri, dan jangan salahkan mana mana pihak pulak lepas tu.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: