Ahad, 27 Januari 2013

JADI KAFIR KALAU BENARKAN KALIMAH ALLAH DIGUNAKAN OLEH BUKAN ISLAM

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengingatkan umat Islam di negara ini bahawa mereka akan menjadi kafir sekiranyamembenarkan pihak lain menggunakan kalimah Allah.

Beliau menjelaskan jika umat Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain, bermakna mereka bersetuju dengan tindakan pihak berkenaan mempersekutukan Allah.
Maka persetujuan itu juga menjadikan umat Islam kafir.

Justeru itu beliau memberitahu bahawa kita mesti bersatu mempertahankan aqidah umat Islam di negara ini.

Kita tak boleh terima dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang mempersekutukan Allah, katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Damara Care and Herbs Sdn Bhd di Ipoh hari ini.

Harussani berkata hanya umat Islam jahil sahaja yang sanggup berkompromi dalam isu berkenaan.

Justeru beliau meminta pihak berkenaan menghentikan cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu kerana ini akan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.

Jika cadangan ini diteruskan, beliau bimbang akan menjejaskan keharmonian beragama serta perpaduan kaum di negara ini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: