Ahad, 20 Januari 2013

SIASAT SAMA PENDATANG SEBELUM MERDEKA PEMBANGKANG BERANI ATAU TIDAK


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. 

Masalahnya berani atau tidak pembangkang menyokong apa yang dikatakan oleh matan Perdana Menteri ini? Atau mereka sengaja mencari kesalahan kerajaan didalam kita semua diambang pilihanraya yang akan dijalankan tidak berapa lama lagi?

Pembangkang dilihat sengaja mengatakan bahawa kesilapan kerajaan dan cuba meyakinkan rakyat bahawa terdapat kepincangan dalam pemberian kerakyatan kepada orang luar sebagai rakyat Malaysia.

Namun perkara ini telah dijawab oleh mantan Perdana Menteri bahawa setiap kerakyatan itu diberikan mengikut prosidur yang telah ditetapkan dan ianya mengikut undang undang, jadi apa lagi yang nak di persoalkan.

Sangkakala rasa kalaulah di siasat semua pemberian kerakyatan termasuk dizaman sebelum merdeka, maka ramai dari kalangan rakyat Malaysia khususnya yang bukan Melayu akan menjadi mangsa keadaan serta kerakusan pembangkang

Tiada ulasan: