Isnin, 28 Januari 2013

BACAAN DOA SEMPENA HARI LAHIR NIK AZIZ OLEH KARPAL SINGH

Inilah satu majlis yang penuh dengan kesyukuran oleh Mursyidul Am PAS yang mana beliau pernah mengatakan bahawa, sambutan Maulidurasul adalah satu pembaziran tapi bagi menyambut hari lahir beliau adalah sesuatu yang perlu.

Disambut dengan penuh kegembiraan dan keseronokan, adakah Nik Aziz sedar bahawa apa yang dilakukan oleh beliau seolah olah menghina umat Islam dengan mengatakan sambutan Maulidurrasul adalah pembaziran?

Mungkin sebelum acara potong kek ini dilakukan, Karpal Singh sudah pun menadah tangan berdoa dengan menggunakan perkataan Allah untuk kesejahteraan beliau.

Tapi apa yang pasti ialah, sambutan atau acara ini disambut di kediaman Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Agak menyedihkan bukan? Sambutan Maulidurrasul pembaziran, sambutan hari lahir Nik Aziz di kediaman Karpal halal, begitulah PAS menghalalkan cara dalam mencari kuasa.

Mungkin Sangkakala tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah Karpal, tapi sudah pastilah dirumah tersebut mempunyai berhala atau sebagainya yang diharamkan dalam Islam tapi Nik Aziz masih sanggup untuk masuk ke kediaman tersebut serta menjadikan ianya sebuah tempat acara.

Sayang sekali pemimpin tertinggi PAS ini tidak mampu menolak gejolak nafsu untuk berkuasa.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: