Selasa, 29 Januari 2013

SOKONGAN IBU TUNGGAL DI PARIT BUNTAR MENINGKAT

Satu majlis perasmian serta mesyuarat agung penubuhan Persatuan Ibu Tunggal Cekal kawasan Parit Buntar telah diadakan pada petang ini.

Majlis yang dihadiri oleh kira kira 300 orang ibu tunggal sekitar kawasan Parit Buntar turut dihadiri oleh Pengerusi Persatuan ibu Tunggal negeri Perak.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh pemangku ketua UMNO Bahagian Parit Buntar Ybhg Tuan Haji Saleh Mat Disa.

Dalam ucapan perasmian beliau, beliau telah menekankan betapa pentingnya usaha usaha kearah kemajuan sertajati diri para ahli.

Beliau juga menyeru agar ahli ahli persatuan agar lebih tabah serta cekal dalam menjalani kehidupan sehari hari demi kelangsungan diri masing masing.

Dalam ucapan tersebut, beliau juga memohon supaya semua yang hadir agar sama sama membantu kerajaan dalam usaha usaha untuk memajukan negara.

Tuan Haji Saleh juga telah berjanji bahawa beliau akan membantu selagi terdaya dalam setiap permasaalahan yang dialami oleh ahli persatuan serta penduduk di sekitar Parit Buntar.

Akhir sekali beliau memanjatkan doa kehadrat ilahi agar persatuan ini serta ahli ahlinya mendapat rahmat dan hidayah dari Allah SWT.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berapa kali nak tubuh da..

sebelum pru 12 dah tubuh dah, kemudian diam. tup tup bila nak mai pru 13 tubuh pula