Khamis, 24 Januari 2013

HADI AWANG MARAH PADA PERWAKILAN HIMPUNAN MUKTAMAR PAS

Aduhh..apa dah jadi ni? Ini semua sebab perwakilan muktamar PAS le sampai Hadi Awang jadi langsung tak popular sebagai pemimpin.

Dalam muktamar PAS yang lepas ada perwakilan membuat usul supaya Hadi Awang dipilih atau dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan berjaya ke Putrajaya.

Tapi bila dilihat dalam kaji selidik oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) jelas menunjukkan bahawa Hadi adalah Presiden Parti yang tidak popular jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim.

Jadi macam mana Hadi Awang nak jadi Perdanan Menteri kalau beliau sendiri tidak popular dikalangan rakyat?

Mimpi je lah Hadi nampak gayanya, nanti mesti pengikut PAS kata kaji selidik tu tipu dan Anwar juga menipu dalam kaji selidik tersebut.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: