Isnin, 28 Januari 2013

PEMUDA MENGAMUK DI TANJUNG PIANDANG

Seramai lebih dari 50 orang pemuda
yang diketuai oleh Ketua Kampung Abu Hasan bin Ismail menggempur rumah Zakaria Ahmad untuk untuk di baik pulih.

Rumah Zakaria yang daif dan uzur kini berwajah baru apabila para pemuda Barisan Nasional bersama sama penduduk kampung datang beramai ramai untuk bergotong royong membaikki atap rumah beliau yang terlalu uzur.

Zakaria yang ditemui semasa gotong royong merasa amat terharu dengan kehadiran pemuda serta orang kampung yang bersama sama membantu membaiki rumah beliau.

Beliau juga mengakui bahawa kehadiran pemuda serta orang kampung ini tidak diketahui oleh beliau dan beliau juga merasa terkejut dengan kehadiran sebegitu ramai ahli pemuda yang bermotosikal diketuai oleh Ketua Kampung.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Hj Mohd Salleh juga turut hadir ke program gotong royong pada pagi ini bersama sama dengan Penghulu Mukim Tanjung Piandang Tuan Mohd Nazri bin Saidin.

Menurut kata pemangku Ketua UMNO Bahagian, program begini akan terus dijalankan demi untuk membantu rakyat di sekitar Parit Buntar.

Encik Zahari turut menambah bahawa beliau sudah biasa memohon permohonan kepada ADUN kawasan Kuala Kurau, namun tiada apa apa tindakan yang di lakukan oleh pejabat ADUN tersebut.

Hinggalah ke hari ini beliau dikejutkan dengan kehadiran puluhan motosikal pemuda berhenti di perkarangan rumah beliau dan dimaklumkan bahawa bahan binaan berupa atap rumah akan sampai dan para pemuda serta penduduk kampung ini akan bersama sama menukar atap rumah beliau.

Menurut kata Ketua Kampung program pagi ini adalah inisiatif serta sumbangan daripada saudara Mua'amar Ghadafi Jamal selaku Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia dan sumbangan makanan perserta gotong royong pula disumbangkankan oleh Ketua UMNO Bahagian Tuan Haji Mohd Salleh.







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

parangpanjang berkata...

Assalamualaikum.
Mohon untuk pautkan link blog kami http://parangpanjang.blogspot.com di blog tuan.
Blog tuan telah dipautkan di blog kami.
Terima kasih.