Isnin, 14 Januari 2013

NIK AZIZ RESAH POPULARITI JATUH

Nik Aziz Nik Mat yang sebelum ini menyokong penggunaan nama Allah oleh kitab bible dan boleh digunakan oleh bukan orang Islam nampak gayanya resah dan gelisah apabila populariti beliau dilihat semakin jatuh.

Rata rata rakyat Malaysia yang beragama Islam mempertikaikan apa yang beliau serta haji Hadi nyatakan baru baru ini setelah perkara tersebut dibangkitkan oleh Lim Guan Eng.

Selaku orang yang mempunyai jawatan tinggi didalam PAS serta disebut sebut sebagai tuan guru oleh pengikut PAS, Nik Aziz tidak sepatutnya menyokong tidakan DAP sebelum ini, namun apa yang dilakukan oleh timbalan beliau dilihat lebih matang serta benar benar memperjuangkan Islam.

Adakah itu salah satu tanda Nik Aziz akan turun dari tampuk pemerintahan sebagai mursyidul am PAS seterusnya diganti oleh Datuk Harun Din?

Bagi Sangkakala, ada baiknya Nik Aziz melepaskan jawatan kerana kemyataan beliau sebelum ini tidak konsisten dan sering bertukar tukar hingga membuatkan pengikut PAS celaru dan keliru, lagi pun Nik Aziz telah terlalu lama memegang jawatan sebagai mursyidul am PAS.





Tiada ulasan: