Sebagai Menteri Besar, perkara sebegini sudah pasti amat merisaukan serta boleh membuatkan tidur tak lena.
UMNO Kedah menyatakan bahawa mereka akan bersatu hati dalam menentukan kemenangan calon Barisan Nasional di negeri itu seterusnya akan merampas kembali kerusi DUN pada pilihanraya akan datang.
Dengan kenyataan ini sudah pasti Azizan merasa gundah gulana kerana kerajaan pimpinan beliau kini mendapat tentangan sengit pada pilihanraya yang akan datang yang mana ianya memungkinkan kekalahan pakatan dinegeri tersebut.
Rakyat juga dilihat sudah mula merasakan pemerintahan kerajaan yang diketuai oleh PAS dinegeri itu tidak telus dan seperti menyimpan satu rahsia besar sepanjang mereka memerintah.
Dengan pemberian kawasan balak oleh Menteri Besar yang kononnya untuk kemajuan negeri tersebut memperlihatkan bahawa kerajaan pakatan tidak mampu merealisasikan apa yang mereka utarakan sebelum ini.
Sebelum dapat menakluki kepimpinan kerajaan negeri, terlalu banyak fitnah dilemparkan kepada kerajaan Barisan Nasional dan akibat dari termakan hasutan tersebut, kini rakyat dinegeri itu seolah olah terpinggir.
Kepada rakyat Kedah, plilihanraya kali ini sesuatu perlu dilakukan, kepimpinan Pakatan perlu ditolak secara total, jangan lagi diberi peluang untuk mereka terus menyamun harta negeri yang akhirnya nanti akan membinasakan bukan saja negeri Kedah malah rakyatnya sekali.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan