Selasa, 29 Januari 2013

ANGKUHNYA PAS TERHADAP NASHA

PAS hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa pengguguran ustaz Nasha dari Majlis Syura tidak merugikan parti tersebut.

Disini kita dapat melihat bahawa PAS sememangnya tidak akan atau pernah menghargai segala pengorbanan ustaz Nasha sepanjang beliau menjadi pemimpin dalam parti tersebut.

Pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden sudah pastilah banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh ustaz Nasha dalam PAS.

Tapi oleh kerana ustaz Nasha dilihat lebih neutral berbanding dengan pemimpin lain, ianya menjadi kegusaran kepada PAS.

PAS juga mengatakan bahawa tindakan ustaz Nasha mengiringi rombongan Perdana Menteri ke Gaza adalah sesuatu yang melanggar etika serta dikhuatiri akan menjadi ikutan pemimpin lain didalam PAS.

Ini juga secara langsung menidakkan usaha ustaz Nasha dalam memperjuangkan Islam tanpa mengira parti.

PAS juga beranggapan bahawa tindakan Nasha tidak mustahil untuk lompat parti kerana beliau mengikuti rombongan tersebut.

Jelas PAS tidak memperjuangkan Islam secara profesional, mengongkong pemimpin untuk berjuang juga dilihat seperti pentingkan diri.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: