Sabtu, 26 Januari 2013

PAS GANTI UMNO HANYA SEKADAR AYAT

Sekarang kita selalu dengan slogan yang berbunyi PAS Ganti UMNO dimerata rata tempat hinggakan selang beberapa artikel yang lepas, Sangkakala telah memasukkan satu artikel dengan gambar yang menunjukkan seorang penerima BP1M memakai baju tertera dengan logo tersebut.

Tapi adakah semua ahli ahli PAS ini faham tentang maksud yang tersirat dalam mengatakan PAS ganti UMNO ini?

Sangkakala tidak melihat bahawa mereka benar benar memahami maksud tersebut tapi mereka ini lebih kepada terikut ikut apa yang diperkatakan oleh pemimpin mereka tanpa melakukan kaji selidik terlebih dahulu.

Dulu PAS pernah menghakimi UMNO dan menjatuhkan hukuman bahawasanya UMNO dan penyokong UMNO itu kafir kerana bersama sama dengan MCA, MIC serta parti komponen yang lain.

Namun apa yang terjadi kini dilihat telah banyak berpatah semula kepada PAS, kalau dulu mereka berjuang kerana Islam seratus peratus, namun kini hanya lima puluh peratus.

Sangkakala kata begitu kerana, hari ini PAS telah meletakkan calon dikalangan bukan Islam yang mana mereka dakwa sebagai sayap mereka, ingat SAYAP kepada PAS dan bukannya komponen.

Kelab Penyokong PAS telah diangkat sama taraf dengan Dewan Pemuda dan Dewan Muaslimah PAS sedangkan ahli Kelab Penyokong PAS adalah dikalangan orang bukan Islam, apakah hak mereka untuk bersuara juga diberikan didalam muktamar PAS kerana mereka adalah sayap Parti?

Dengan keadaan itu, bolehkah kita mengatakan bahawa PAS itu juga Kafir seperti mana lontaran yang dibuat oleh PAS terhadap UMNO?

Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat memberi kenyataan bahawa PAS akan meletakkan calon bukan Islam di kalangan Kelab Penyokong PAS dan perkara ini telah pun dilakukan semasa pilihanraya umum ke 12 dimana Kumutha Raman telah diletakkan sebagai calon pilihanraya DUN Tiram di kawasan Johor Bahru untuk mewakili mereka namun kalah kepada calon Barisan Nasional, apa makna semua ini?

PAS hari ini dilihat sudah memperjudikan serta seolah olah menggadai prinsip perjuangan yang dilahirkan oleh kepimpinan yang terdahulu di samping menolak secara langsung kewibawaan ahli ahli atau kepimpinan PAS dikawasan tersebut dengan meletakkan calon bukan Islam sebagai wakil.

Dalam erti kata mereka bahawa UMNO bersekongkol dengan bukan Islam, mereka (PAS) melakukan perkara yang tidak dilakukan oleh UMNO selama ini.

Dalam perlembagaan UMNO perenggan 5 perkara 1 ada menyebut bahawa 'Orang Melayu Bumiputera' layak untuk menjadi ahli UMNO dan ini juga jelas terbukti bahawa calon daripada UMNO itu adalah Islam dan yang bukan Islam atau bukan Melayu pula boleh menyertai parti komponen mengikut kesesuaian serta bertanding dalam pilihanraya namun tidak mewakili UMNO.

Itu perlulah jelas dilihat bahawa UMNO pada hari ini sejak dulu lagi masih menyelusuri prinsip perjuangan dan ianya tidak akan berganjak atau terpesong.

Jauh beza dengan PAS pada ketika ini yang akan bertukar tukar pendirian demi untuk memiliki kuasa, pangkat serta jawatan, jadi dimana yang boleh dikatakan bahawa PAS mampu untuk menggantikan UMNO?




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: