Khamis, 17 Januari 2013

JAWAPAN TUN MAHATHIR PENINGKAN PEMBANGKANG

Amikkau, jawapan yang diberikan oleh Tun Mahathir dilihat menjadikan pembangkang ketandusan idea untuk menyalahkan kerajaan dalam pemberian kad pengenalan kepada warga filipina di Sabah.

Beliau yang memperakui bahawa pernah memberikan kerakyatan kepada warga dari negara asing itu mendakwa bahawa semasa di zaman tunku Abdul Rahman sebanyak 1 juta kerakyatan diberikan kepada orang atau pendatang dari negara China yang telah lama menetap dinegara ini.

Jawapan itu nampaknya membuatkan pembangkang bertambah runsing kerana ianya memang kenyataan yang benar dimana semasa zaman Tunku menjadi Perdana Menteri, ramai orang orang China datang ke Tanah Melayu untuk mendulang bijih diberi kerakyatan dan ianya adalah mengikut undang undang sama seperti yang dilakukan Tun Mahathir.

Pembangkang mengatakan bahawa kerajaan memberikan kad pengenalan kepada rakyat asing sebelum pilihanraya dan kalau mengikut pendapat Sangkakala pula, setiap kali selepas pilihanraya adalah tarikh dimana sebelum pilihanraya.

Contohnya disini ialah, sekiranya tarikh pilihanraya ke10 itu jatuh pada 1 januari dan pemberian kad pengenalan tersebut jatuh pada 2 januari maka ianya adalah ialah tarikh sebelum pilihanraya yang ke11, jadi tarikh mana yang dikatakan oleh pembangkang dalam isu tersebut?

Agak agak le kalau nak buat isu sekalipun atau nanti kita minta semua yang diberikan kad pengenalan semasa zaman Tunku dulu supaya menyerahkan semula kad pengenalan mereka dan pulanglah ke negara asal masing masing.

Tiada ulasan: