Selasa, 29 Januari 2013

SEKEJAP SOKONG SEKEJAP TIDAK

Baru lagi Khalid kata kerajaan Pakatan diSelangor memperolehi sokongan dari rakyat negeri tersebut sebanyak 60%, ni sekarang dah kata 65% kata gagal, yang mana satu betul ni Kahlid?

Agaknya masa nak sebut 65% kata PR gagal tu tergagap gagap sebab Nurul Izzah ada di depan, jadi tersasul kata sokong.

Ini adalah hakikat sebenar yang melanda Pakatan sekarang ini, dengan pelbagai isu dan kerenah, rakyat sudah hilang kepercayaan kepada tampuk pemerintahan mereka, bukan sahaja di Selangor, malah diseluruh negara.

Dengan masalah air, sampah dan pelbagai lagi kes kes yang menampakkan kerajaan negeri tidak cekap dalam pentadbiran di negeri tersebut.

Begitu juga di Pulau Pinang, penindasan terhadap rakyat semakin menjadi jadi dan sebagai contoh pemusnahan warong DOREMI di negeri tersebut telah membuktikan bahawa kerajaan Pakatan tidak bertimbang rasa terhadap rakyat.

Jadi fikir fikirkanlah apa yang dilakukan oleh mereka terhadap rakyat dinegeri negeri yang mereka kuasai sekarang.



Tiada ulasan: