Jumaat, 25 Januari 2013

CHEGU BARD JADI KAMBING HITAM

Chegu Bard yang selama ini begitu kuat berusaha untuk menarik perhatian kepimpinan PKR dalam meletakkan diri beliau sebagai calon untuk pilihanraya nampaknya membuahkan hasil.

Sangkakala dapat maklumat dari seorang rakan yang agak kuat juga dalam PKR dan beliau mengatakan bahawa kepimpinan PKR bersetuju untuk meletakkan chegu bard sebagai calon dalam PRU13 nanti, bukannya calon sebagai ADUN tapi sebagai ahli Parlimen.

Tapi yang menghairankan ialah PKR tidak meletakkan beliau di Rembau untuk bertanding tapi di Sembrong, apa dah jadi ni? PKR saja nak bagi chegu bard duduk dalam peti sejuk ke?

Dulu bertanding sebagai ketua AMK kena palam dengan ahli AMK yang memilih si Shamsul pendek, sekarang ni kepimpinan pulak terus nak bagi chegu bard terkubur.

Chegu Bard dilagakan dengan Datuk Seri Hishamuddin, menteri dalam negeri yang juga merupakan naib presiden UMNO Malaysia, mampukah chegu bard memenangi hati orang Sembrong yang lebih menyayangi DS Hishamuddin?

Macam Sangkakala kata, tak letak sebagai calon nanti merajuk, jadi letakkan saja di tempat yang mampu kalah, sebab kalau letak tempat mampu menang nanti kalau kalah hilang kerusi tu pula.

Sangkakala bertanya juga kenapa Chegu Bard tidak bertanding di Rembau, rupanya dah banyak sangat masalah Chegu Bard ni di kawasan tersebut dan kalau diletakkan dia sebagai calon PKR akan lingkup disitu.

Dalam hati Sangkakala pula kata, bukan disitu je PKR akan lingkup, tapi seluruh negara.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: