Pemecatan ustaz Nasha dari Majlis Syura PAS jelas menunjukkan bahawa parti ISLAM tersebut perlu lagi mendalami apa erti jihad yang sebenarnya.
Ustaz Nasha yang pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS sebelum tewas ditangan Mat Sabu boleh dikatakan anatara pemimpin PAS yang neutral dan berwibawa serta konsisten dalam memperjuangkan Islam.
Hanya kerana mengikuti rombongan Perdana Menteri melawat Gaza, Ustaz Nasha digugurkan dari Majlis Syura.
Bukankah itu juga satu jihad yang dilakukan oleh ustaz Nasha? Demi agama Islam beliau sanggup membahayakan nyawa bersama sama dengan Perdana Menteri ke negara yang sedang bergolak dan dalam kawasan zon perang berkenaan.
Inilah perjuangan PAS yang kita lihat hari ini, kerana perjuangan politik mereka sanggup mengenepikan masalah kemanusiaan dan mereka lebih rela melepaskan orang yang bertanggungjawab terhadap agama dari parti mereka.
Ini juga dilihat sebagai ketidakmatangan PAS dalam urusan pentadbiran yang mana kini sudah ada tangan lain yang mencampuri urusan dalaman parti.
Mereka ini seolah olah tidak bertanggungjawab dalam semua hal termasuklah yang melibatkan perjuangan saudara seagama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan