Rabu, 30 Januari 2013

KHALID SAMAD KESAL DENGAN KEHADIRAN PEMBERITA DAN PELAJAR

Ishh, apa Khalid Samad kata dalam laman twitter ni? Macam orang kesal je bunyinya.

Kalau ye pun sambutlah kehadiran mereka mereka tu dengan baik, bukan kata "habis pagi ku" macam bunyi orang ada program lain, tapi sebab mereka mereka ni datang dah tergendala, tak gitu?

Tapi yang sebenarnya inilah kepimpinan pembangkang, mereka ini sebenarnya tidak pernah menghargai setiapa apa yang hadir dalam hidup serta diri mereka.

Fikir punya fikir, mereka ni juga rakyat Malaysia yang tidak lepas dari menikmati keselesaan hidup di bumi ini, namun apa yang mereka lakukan?

Mereka tetap merasakan ketidakpuasan hingga sanggup melakukan perkara perkara yang bukan sahaja memalukan negara tapi juga melibatkan kerugian harta benda.

Kita seharusnya menolak kepimpinan begini dari terus memesongkan pemikiran rakyat Malaysia yang dulunya terkenal dengan sikap lemah lembut serta sopan santun, kini sudah pandai melakukan keganasan di jalanan akibat dari hasutan pembangkang.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: