Tahniah untuk Sharifah Zohra yang telah menjadikan perkataan #listen sebagai perkataan yang sangat popular pada masa kini.
Mungkin juga kita perlu berterima kepada puak pembangkang yang telah menjadikan perkataan ini hangat di masa sekarang.
#listen listen listen..perkataan yang berulangkali disebut oleh Sharifah semasa berhujah bersama sam pelajar jurusan undang undang Bawani dalam satu forum di UUM.
Pembangkang menimbulkan isu dengan mengatakan pelbagai keburukan tentang Sharifah Zohra, namun bagi yang telah menonton video tersebut di laman youtube sudah pasti dapat menilai dimana kebenarannya.
Sangkakala tidak mengatakan siapa salah dan siapa benar, tapi disitu kita semua dapat melihat perdebatan terbuka oleh dua orang wanita yang mempunyai pendapat yang berbeza.
Tapi kalau diamati betul betul, dalam video tersebut, kebanyakan pelajar bertepuk sorak apabila Sharifah mengemukakan hujah beliau dan itu adalah tanda dimana pelajar pelajar ini bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh belia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
