Rabu, 16 Januari 2013

PAKATAN MASIH TAK FAHAM BAHASA

Agak kesian pula Sangkakala tengok puak Pakatan sekarang ni, mungkin mereka tak reti atau tak faham bahasa yang rakyat kini sudah mula menolak kehadiran mereka.

Ini yang dikatakan terjadi terhadap Nik Nazmi apa bila beliau mengatakan bahawa beliau bersama rombongan dihalang daripada memasuki kawasan Taman Sri Stulang Johor Bharu untuk berceramah.

Tapi kenapa jauh sangat Nik Nazmi sampai kesana untuk berceramah sedangkan di Selangor masih banyak lagi isu yang belum terjawab dan belum mampu diselesaikan oleh pihak Pakatan yang memerintah negeri?

Bukankah elok jika Nik Nazmi melakukan kerja kerja beliau di Selangor daripada pergi ke negeri orang untuk berceramah, atau adakah Nik Nazmi merasakan bahawa beliau sudah tidak popular seperti dulu lagi?

Pakatan akan tetap mengatakan bahawa setiap kali mereka keluar untuk berceramah, ketika itu jugalah mereka akan diserang, dan perkara ini berulang kali diperkatakan.

Namun setelah dilihat secara halus, Sangkakala seperti mengagak bahawa mereka yang melakukan serangan ini adalah orang orang Pakatan sendiri yang mana ianya hanyalah untuk memburuk burukkan UMNO dab Barisan Nasional semata.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: