Rabu, 16 Januari 2013

KALAU TAK TAU BAIK DIAM TAKUT NANTI DAPAT KEMALUAN BESAR

Haha..agak kelakar Sangkakala baca status dalam akaun twitter yang satu ni, menghentam tanpa usul periksa rupanya.

Adakah kebencian, kecemburuan atau ketidak puasan hati menjadi punca pemilik akaun ini yang juga merupakan seorang penulis laman blog mengeluarkan kenyataan sebegitu?

Nampaknya macam ada sesuatu yang tidak kena pada pemilik akaun ni, beliau mengatakan bahawa Gerakan Belia 4B lebih pentingkan jawatan.

Hmmm..agak drastik tuduhan tu nampaknya, Sangkakala sendiri pun agak terperanjat apabila ada orang yang menulis di lama blog berkata sedemikian.

Baiklah, Sangkakala nak perbetulkan disini, Gerakan Belia 4B Malaysia sebenarnya tidaklah mementingkan jawatan sepertimana yang dimaksudkan oleh penulis sorang ni.

Apa yang Sangkakala tahu ialah, untuk jawatan Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia pun Gerakan Belia 4B cuma mengekalkan kerusi tersebut, namun untuk pilihanraya sudah terbukti bahawa Gerakan Belia 4B Malaysia mempunyai jentera yang mencukupi bagi menampung kesemua parlimen yang ada kecuali Sabah dan Sarawak.

Jadi untuk itu Sangkakala nasihatkan kepada penulis, kaji dari sejarah bukan hanya menjarah dilaman sosial.

Untuk perenggan yang mengatakan bahawa Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan yang dikatakan oleh beliau menghimpit Menteri Besar, pada Sangkakala ianya adalah satu kewajipan kepada seorang Presiden untuk mendampingi Menteri Besar di negeri beliau demi untuk memperjuangkan nasib belia di negeri tersebut.

Kalau Wan Salwati (Presiden MBN9) tidak mendampingi Menteri Besar, maka masalah belia dalam negeri tidak akan sampai ke peringkat kepimpinan kerajaan.

Jadi itu juga perlu dikaji semula oleh penulis tersebut dan seperti kata Sangkakala tadi, jangan hanya menjarah tapi berpandukan sejarah.

Terlupa pula, bahagian yang mengatakan pemimpin belia ini sekarang melobi untuk menjadi calon pilihanraya juga adalah tidak tepat, sekiranya seseorang belia itu mampun untuk menjadi pemimpin, maka tiada salahnya untuk beliau dipilih sebagai pemimpin.

Sekali lagi Sangkakala katakan, jangan hanya menunding jari sekiranya tidak mengenal diri.

psssttt..penulis artikel tersebut jangan marah tau, akaun twitter baru ada 30 lebih je follower..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: