Rabu, 16 Januari 2013

APA KENA MENGENA SHARIFAH ZOHRA DENGAN UMNO

Sharifah Zohra Jabeen, panelis yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini tidak boleh dinilai dengan jawatan beliau sebelum ini didalam KIMMA iaitu ahli bersekutu UMNO.

Seperti kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia didalam akaun twitter milik beliau baru baru ini bahawa Jabeen tidak mewakili Barisan Nasional adalah benar.

Ini kerana kisah yang hangat dalam laman sosial yang mana mengatakan bahawa Jabeen menegur seorang pelajar Universiti Utara Malaysia dalam satu forum, hingga membuatkan pelajar yang ditegur itu mendapat sambutan oleh pihak pembangkang berlaku pada tahun 2012 sedangkan Jabeer hanya memegang jawatan didalam KIMMA pada tahun 2011.

Salah satu lagi sebab ialah, forum tersebut di anjurkan oleh NGO dan bukanlah parti politik.

Namun sudah menjadi kebiasaan kepada pembangkang yang akan mengangkat sesuatu isu hangat dengan mengait sekali kerajaan kononnya kerajaan khususnya UMNo turut terlibat.

Perkara sebegini sudah biasa berlaku dan ianya sudah menjadi lapuk dan tidak lagi diguna pakai oleh rakyat.

Pembangkang kini mengaitkan UMNO hanya semata mata dengan carian didalam google serta gambar dimana Jabeen bersama sama dengan Ketua Menteri Melaka dan Perdana Menteri pernah merasmikan mesyuarat agung parti tersebut.

Sangkakala tidak nampak dimana kaitan antara semua ini dengan apa yang dilakukan oleh Jabeen kerana beliau tidak memegang apa apa jawatan sekalipun dalam KIMMA, cuma dikatakan pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Wanita KIMMA dan jawatan tersebut telah diisi oleh orang lain.

Harap harap puak pembangkang jangan le nak jadikan rakyat Malaysia terlampau bodoh hingga tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana tidak.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: