Selasa, 15 Januari 2013

BETUL KE ADUN KUALA KURAU TAK SERAH KAD KUASA

Kali ni Sangkakala dapat berita yang agak sedikit mengejutkan apabila mendengar dari sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa YB ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus (baju hitam) masih tidak menyerahkan kad kuasa beliau kepada jabatan.

Sangkakala diberitahu bahawa ADUN ini sebelumnya adalah seorang peniaga pakaian terpakai tetapi sebelum itu beliau adalah seorang kakitangan jabatab penguatkuasaan dan dinasihatkan supaya berhenti.

Sangkakala akan korek lagi cerita ni sampai habis, kerana menurut sumber yang Sangkakala terima beliau pernah juga mengikuti YB Kuala Kurau ini pergi ke satu tempat (terpaksa dirahsiakan dahulu) dan beliau pernah melihat YB Yunus mengeluarkan kad kuasa berkenaan kepada pihak berwajib yang menahan beliau.

Namun pemberi maklumat kepada Sangkakala ini tahu beliau sebenarnya telah berhenti dari mejawat jawatan di jabatan tersebut dan yang menjadi persoalan ialah bagaimana kad kuasa jabatan masih lagi dalam simpanan beliau?

Itu satu lagi berita menarik yang akan Sangkakala risik risikkan, jadi tunggu laporan Sangkakala selepas ini pula nanti.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: