live streaming / siaran langsung

Khamis, 17 Januari 2013

MASIH ADA RAKYAT MALAYSIA YANG TAK TAU MALU

Masih juga terdapat segelintir rakyat Malaysia yang tidak tau malu dan tidak tau bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka.

Ini jelas terbukti dengan kehadiran gambar seperti diatas yang hebat diperbualkan dilaman laman sosial yang mana ianya menunjukkan bahawa sepasang ibu bapa bersama anak merekayang baru sahaja mengambil wang bantuan persekolahan sebanyak RM 100 di sekolah.

Dengan alasan yang diberikan bahawa mereka mengambil wang tersebut dengan rasa tidak senang hati, rakyat Malaysia sudah mampu menilai bagaimanakah sikap dan kelakuan mereka ini.

Kerajaan dengan ikhlas hati berkongsi keuntungan negara bersama sama dengan rakyat namun masih ada juga yang tidak menghargai usaha usaha tersebut dan ini semua adalah dari ajaran serta asuhan pembangkang yang acapkali menimbulkan rasa kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Namun Sangkakala percaya bahawa kerajaan negara ini tidak akan berputus asa dalam memberikan bantuan kepada rakyat dan kita sama sama akan dapat menyaksikan nanti bahawa dalam PRU13 kerajaan Barisan Nasional akan mendapat mandat yang memberangsangkan dari seluruh rakyat Malaysia.

Tiada ulasan: