Selasa, 22 Januari 2013

ANWAR TAKKAN JAWAB SOALAN SEBAB TAKUT PADA DAP

Kerana takut kepada DAP, Anwar Ibrahim sekali lagi mengatakan bahawa sekiranya beliau mengeluarkan kenyataan tentang Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mahu Majlis Syura Pas mengkaji semula pendiriannya mengenai kalimah ALLAH.
Jelas terbukti kini, kerana kuasa Anwar akan melakukan segala galanya dan demi mencapai apa yang beliau hajati, beliau sanggup untuk berdiam diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan terhadap Karpal atau sekutunya.

Satu masa dulu Anwar dilihat cukup bijak dalam sudut agama kini membisu walaupun agama Islam sedang dipermain mainkan oleh puak kafir harbi DAP.

Pernah memegang jawatan tinggi dalam Angkatan Belia Islam Malaysia sudah cukup memperlihatkan bahawa Anwar tidak kurang hebatnya dalam bidang agama namun kini apa dah jadi?

Adakah kerana kuasa atau nafsu untuk menjadi pemerintah telah membutakan hati beliau dalam mempertahankan agama Islam?

Inikah yang dikatakan oleh Wan Azizah sebagai Anugerah Tuhan? Mungkin juga Anwar adalah anugerah tuhan kepada Wan Azizah namun ianya bukanlah anugerah untuk rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam.

Disini kita semua dapat menilai, sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, mampukah Anwar menolak permintaan demi permintaan yang akan dibuat oleh pemimpin DAP?

Dimana akhirnya nanti kedudukan melayu dan Islam dalam negara kita?

Ini semua perlu kita ingati dan kaji sedalam mungkin, jangan kerana terikut ikut dengan segala omongan kosong beliau, segala fitnah yang beliau lemparkan maka kita meletakkan maruah agama dan bangsa nun dibwah gunung di celah gua hingga ianya hilang dari pandangan tidak kedengaran lagi.

Sangkakala hanya melihat kepada satu perkara bahawa Anwar mampu untuk menghilangkan kuasa Melayu serta menghapuskan agama Islam sebagai agama persekutuan dan digantikan dengan agama campuran seperti di Indonesia.

Ini semua kerana kuasa dan pangkat serta dendam amarah Anwar terhadap UMNO yang memecat beliau kerana salah laku moral yang tidak dapat diterima oleh ahli disegenap lapisan.

Anwar perlu kita singkirkan daripada menjadi Perdana Menteri, bahkan perlu disingkirkan dari arena politik tanah air kerana dengan kehadiran beliau dalam arena politik, banyak perkara yang membolehkan perpecahan antara masyarakat majmuk di Malaysia.



Tiada ulasan: