JOM SELAWAT

JOM SELAWAT

live streaming / siaran langsung

Isnin, 14 Januari 2013

TUAN GURU KELABUKAN MATA

Dah macam silap mata pulak Sangkakala tengok pemimpin pemimpin pakatan terutamanya PAS buat masa sekarang.

Kalau dulu mereka mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional menghabiskan duit rakyat dengan pembaziran pembelian kenderaan, kini apa yang dapat dilihat mereka pula bersikap begitu.

Telah ramai dan banyak mata melihat semasa perhimpunan baru baru ini Nik Aziz menaiki VellFire untuk ke lokasi himpunan, adakah itu juga kenderaan pinjam sepertimana yang didakwa oleh Anwar dalam kes menaiki Jet Peribadi ke Sabah dahulu?

Atau mungkinkah Nik Aziz juga nak katakan bahawa itu adalah kenderaan sewa atau kawan beliau bagi pinjam.

Masalah air di Kelantan masih belum selesai, namun Nik Aziz berbangga kerana menaiki kenderaan mewah ini meninggalkan rakyat Kelantan yang dilanda masalah air terawat.

Ini ke yang dikatakan pemimpin marhain yang menjadi kebanggan rakyat Kelantan hingga ada yang mengatakan bahawa beliau bersikap sederhana? Tidakkah cukup dengan kenderaan rasmi yang lain.

Dulu tengok Nik Aziz pakai Mercedes S class tapi kali ini menaiki sebuah kenderaan mewah yang lain pula.

Cukup cukuplah rakyat kelantan dikelentong oleh Nik Aziz yang sama sahaja nafsunya seperti pemimpin pakatan yang lain.







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: