Menteri Besar Selangor nampaknya terpaksa menipu disetiap lapisan rakyat dalam negeri itu untuk memastikan beliau kekal sebagai Menteri Besar disebabkan berlaku beberapa insiden yang melibatkan ketidak puasan hati rakyat Selangor di sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri tersebut.
Beliau terpaksa mengatakan bahawa 60 peratus rakyat di Selangor semakin meyakini Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) yang beliau terajui sejak Mac 2008 sedangkan banyak perkara dilihat tidak dapat dipenuhi oleh Khalid terutamanya menifesto pilihanraya yang lepas.
Menifesto berkenaan air contohnya, setiap rumah akan mendapat air percuma sebanyak 20meterpadu sebulan, tidak semua rumah mendapat bekalan air tersebut terutama kediaman yang berbentuk apartment yang mana segalanya diuruskan oleh Jawatankuasa Penyelenggaraan Bangunan tidak menerima skim tersebut.
Itu adalah isu yang melibatkan air di Selangor, baru baru ini pula persatuan ibu tunggal telah menyaman kerajaan negeri tentang bantuan untuk ibu tunggal yang dijanjikan dan Khalid menepis perkara tersebut dengan meminta persatuan ibu tunggal membuktikan bahawa ahli persatuan itu mengundi Pakatan Rakyat dalam PRU yang lepas.
Mereka ini adalah mangsa yang telah dibohongi oleh Pakatan Rakyat di Selangor yang menjanjikan bulan dan bintang sebelum pilihanraya.
Selain dari itu banyak lagi kepincangan serta pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan dibawah naungan Khalid Ibrahim, sampah juga menjadi isu hangat di Selangor pada tahun 2012 dimana kerajaan Selangor dikatakan membeli beberapa buah lori sampah untuk Syarikat yang berkepentingan namun sampah di beberapa kawasan di Selangor dibiar berlambakan hingga membuatkan penduduk tidak selesa.
Khalid juga dikaitkan dengan pembelian bas mewah untuk kegunaan PKR yang mencecah nilai satu juta ringgit dan ianya dikatakan menggunakan wang kerajaan negeri ekoran Khalid juga dikatakan telah disenarai hitam dari sebarang bentuk pinjaman bank.
Dengan sebegini banyak masalah yang dilakukan dan tidak mampu diselesaikan oleh pemerintahan Khalid di Selangor, adakah rakyat Selangor masih mahu memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk terus memerintah sebagai kerajaan negeri?
Mungkin Khalid sudah merasakan bahawa jangka hayat beliau untuk menjadi Menteri Besar bakal berakhir dan dengan itu beliau memberi kata kata manis pula kepada kepimpinan PKR supaya memberikan beliau peluang kedua dalam mentadbir kerajaan negeri, namun apa apa pun kuasa penentu sama ada pakatan masih memerintah atau tidak tertakluk kepada undi yang diberikan kepada mereka oleh pengundi di Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan