Ahad, 27 Januari 2013

KENYATAAN BAWANI TIDAK TEPAT

Pengerusi Biro Institut Pengajian Tinggi Umno, Dato Razali Ibrahim berkata bahawa hujah Bawani KS yang hebat dikaitkan dengan perkataan 'listen' tentang pelaksanaan pendidikan percuma hanya memerlukan RM10 bilion, Razali berkata kenyataan itu tidak tepat kerana didasar kepada jumlah pelajar yang memohon atau mendapat pinjaman daripada kerajaan.  

"Apabila kita putuskan hendak beri pendidikan percuma, kita kena beri kepada semua sedangkan lebih ramai lagi pelajar yang belajar atas pembiayaan sendiri," katanya menambah jumlah perbelanjaan sebenar adalah jauh lebih besar jika cadangan itu dilaksana.

Beliau juga mahu Bawani mempertimbangkan fakta Argentina mampu memberi pendidikan percuma kerana jumlah pelajarnya hanya 200,000 sedangkan di malaysia ada lebih sejuta orang.

Jadi ini bermakna pelajar jurusan undang undang ini tidak membuat kajian terperinci terlebih dahulu dan mungkin hanya mendengar hasutan dari orang luar.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: