Ahad, 13 Januari 2013

JADI MENTERI BESAR TAPI TAK TAHU UNDANG UNDANG TUBUH

Tan Sri Khalid Ibrahim jelas hanya memegang kedudukan sebagai Menteri Besar Selangor sedangkan beliau sebenarnya tidak mengetahui atau tidak ambil tahu tentang undang undang tubuh kerajaan Negeri tersebut.

Beliau mengeluarkan kenyataan bahawa sebagai Menteri Besar tidak menghalang sesiapa juga untuk menggunakan kalimah Allah walaupun bagi orang bukan Islam.

Sedangkan didalam undang undang tubuh kerajaan negeri dalam Seksyen 9, enakmen berkenaan yang diwujudkan selaras dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang mana ianya memperuntukkan bahawa Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

Takkan Khalid Ibrahim tidak tahu tentang perlembagaan ini? Sedangkan beliau memegang jawatan tinggi dalam kerajaan negeri.

Di Selangor, Seksyen 9, enakmen berkenaan yang diwujudkan selaras dengan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan, secara jelas melarang kalimah Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam dalam apa-apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka.

Yang sebenarnya titah Sultan Selangor berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dibuat selaras dengan kuasa baginda dan baginda  pada bila-bila masa boleh mengeluarkan titah berhubung isu-isu berkaitan agama Islam di Selangor.

Sultan Selangor melalui Setiausaha MAIS,  Datuk Mohd Misri Idris mengeluarkan kenyataan Selasa lepas dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam lain sebagaimana yang diwartakan.

Fatwa berhubung larangan penggunaan kalimah Allah itu juga diwartakan di Negeri Selangor pada 18 Februari 2010 dan tuduhan serta hukuman boleh dijatuhkan bagi mereka yang melanggar peruntukan berkenaan dan ianya tidak boleh dipertikaikan lagi.

psstt..ada menteri besar selangor bodoh rupanya.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

MB trpelajar boleh mengeluarkan kenyataan yg sangat dangkal. Apa tak periksa dgn penasihat undang2 Kerajaan Negeri dulu ke? Bangang lah si gagap ni. Terlajak perahu blh undur, trlajak kata binasa badan. PemudaTG