Selasa, 29 Januari 2013

KHALID IBRAHIM HINA WARGA TUA DI SELANGOR

Khalid Ibrahim hari ini berkata bahawa beliau menggalakkan warga emas dii negeri itu untuk mengemukakan saman terhadap beliau berkenaan dengan menifesto Pakatan Rakyat pada PRU12 yang lalu.

Beliau berkata bahawa kerajaan negeri telah memberikan segala galanya kepada warga emas ini sepanjang kerajaan Pakatan Rakyat memerintah.

Apa yang dituntut oleh warga emas tersebut ialah insuran takaful bernilai RM2500 seorang yang dikatakan telah dimasukkan sama dalam menifesto kerajaan negeri namun hingga kini tidak terdengar apa apa beruta mengenainya.

Khalid pula berkata bahawa kerajaan negeri ada memberi sumbangan khairat kematian dan baucer pembelian barang bernilai RM 100 kepada setiap warga emas walaupun ianya tiada dalam menifesto.

Mungkin Khalid terlupa bahawa nilai 100 dengan 2500 itu jauh bezanya atau mungkin kerana untuk menutup cerita 2500 maka baucer 100 tersebut diberikan.

Tahniah dan teruskan saman tersebut kepada si gagap sekor ni, jangan bagi peluang dia dengan sewenang wenangnya menipu rakyat Selangor dan mungkin mereka ini beranggapan bahawa warga emas ini tidak tahu apa apa dan perkara itu akan didiamkan sehingga menjelang PRU13 dimana mereka akan menabur janji sekari lagi.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: