Selasa, 22 Januari 2013

JAIS KARIM PERLU LEBIH BERSIKAP PROFESIONAL UNTUK JADI PEMIMPIN

Sangkakala terbaca dalam Sinar Harian hari ini yang mana ada memuatkan berita tentang kenyataan saudara Jais Karim berkenaan dengan mesyuarat pemilihan Majlis Belia Malaysia.

Sangkakala tidak tahu apa motif beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu namun untuk makluman, Sangkakala berada di sepanjang majlis perhimpunan tersebut dari mula hingga akhir.

Seperti yang beliau dakwa, bahawa terdapat ugutan secara peribadi terhadap beliau yang sebenarnya ianya dikeluarkan oleh saudara Jais sendiri pada malam sebelum pengundian dijalankan.

Saudara Jais ada menyebut bahawa beliau adalah singa dalam perjuangan belia dan beliau mempunyai pengikut yang dikatakan agak ganas kerana mempunyai tattoo.

Jadi siapa yang ugut siapa sekarang ni? Janganla pusing cerita pula Jais.

Yang kedua, tentang kedudukan Timbalan Presiden yang dikatakan DILANTIK secara OUTOMATIK juga adalah tidak benar kerana pada permulaannua, Dato Irmohizam Ibrahim juga menawarkan untuk bertanding, namun beliau membatalkan hasrat tersebut kerana beliau merasakan bahawa beliau mempunyai tanggungjawab yang lebih besar di Pejabat Perdana Menteri kerana beliau adalah Pegawai Khas kepada YAB Perdana Menteri, ikuti jawapan Dato' Irmohizam di sini http://bit.ly/141iGAz

Sangkakala juga rasa hairan, kenapa saudara Jais kata semua yang menang bertanding itu sebagai di LANTIK, sepatutnya perkataan yang lebih sesuai ialah di PILIH, ini kerana dilantik itu bagi Sangkakala ialah pilihan individu tetapi kalau dipilih itu adalah dari suara ramai, tapi entah lah sebab saudara Jais dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung mungkin lebih terpelajar dan lebih hebat berbahasa.

Mungkin kenyataan beliau yang mana penarikan diri beliau membuatkan ramai penyokong kecewa tetapi apa yang Sangkakala nampak ianya bukan didalam perwakilan, sebab hampir semua perwakilan memberi sokongan padu kepada Maliki selaku presiden kerana bagi mereka akta belia yang di wujudkan pada tahun 2007 adalah baik yang mana ianya memperuntukkan setiap Presiden atau Pengerusi pertubuhan atau persatuan belia hanya boleh memegang jawatan selama 2 penggal dan tidak lebih dari itu walaupun bertanding.

Namun apa yang Sangkakala hairankan ialah, kenapa saudara Jais beriya iya sangat untuk menjadi presiden Majlis Belia Malaysia? Kenapa beliau tidak bertanding semasa pemilihan yang lepas? Adakah kerana pada tahun ini pilihanraya akan diadakan maka beliau begitu terdesak berkehendakkan jawatan tersebut.

Apa apa pun Sangkakala harap agar saudara Jais lebih bersikap profesional, apa yang Sangkakala lihat sepanjang perhimpunan, sokongan terhadap Jais amat mengecewakan dan kemungkinan besar beliau akan kalah dalam pertandingan jadi oleh kerana itu beliau mewujudkan suasana yang agak kurang menyenangkan dan mungkin beliau mahu melihat himpunan tersebut gagal dan dilabel sebagai tidak bersih.

Sangkakala tidak ada apa apa kepentingan dalam Majlis Belia Malaysia cuma Sangkakala rasa bertanggungjawab untuk mengeluarkan artikel ini kerana segala yang didakwa oleh saudara Jais Karim adalah bertentangan dengan kejadian sebenar sebab Sangkakala berada disana sepanjang masa, jadi kepada pembaca serta para belia, kita boleh menilai pemikiran seorang pemimpin dari sikap mereka sendiri. Walau bagaimana pun Sangkakala ucapkan selamat maju jaya buat saudara Jais Karim, belia adalah keluarga besar, janganlah kerana jawatan keluarga ini dimusnahkan, muhasabah diri itu adalah jalan terbaik.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: