Ahad, 13 Januari 2013

USAHA DEEPAK HANYA SIA SIA

Peniaga karpet Deepak Jaikishan pasti merasakan dirinya kini diambang bahaya apabila pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mengatakan bahawa Anwar Ibrahim tidak akan memberikan imuniti kepada beliau sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

Ini adalah satu tamparan hebat buat Deepak yang pernah mengeluarkan beberapa kenyataan yang boleh dianggap untuk menyelamatkan diri.

Kali pertama beliau menyatakan kenyataan ini semasa di temubual oleh seorang blogger beserta kamera tersembunyi yang mana ianya jelas memperdengarkan suara Deepak menyatakan bahawa beberapa pemimpin pembangkan ada bertemu dengan beliau dan meminta beliau mengeluarkan kenyataan kenyataan tersebut.

Jika tidak menjadi kesilapan, ada juga ayat yang berbunyi " U tolong I..I akan tolong U" itulah ayat yang dikatakan oleh Deepak yang merujuk kepada ayat yang dikeluarkan oleh pemimpin pembangkang itu.

Selang beberapa hari, Deepak sekali lagi mengeluarkan kata kata bahawa Anwar tidak langsung mahu memberikan sokongan kepada beliau dan ini adalah dengan jelas Deepak seperti kecewa dengan Anwar Ibrahim. Tapi mengapa? Mungkinkah beliau merasakan yang Anwar sedang cuba untuk lepas tangan?

Dan hari ini pula, beliau bukan sahaja dikejutkan dengan ayat Rafizi bahawa tiada imuniti terhadap beliau, malah untuk memberikan ucapan juga tidak diberi ruang oleh pengerusi jawatankuasa penganjur.

Ini seolah olah satu penghinaan yang amat sangat kepada Deepak dan beliau sepatutnya tidak terheret sekali dengan politik fitnah anjuran pembangkang terhadap Perdana Menteri serta Isteri.

Tapi kalau ini juga tidak memberi kesedaran kepada Deepak, beliau bolehlah digelar sebagai orang yang 'hidung tak mancung pipi tersorong sorong'.

Sedarlah Deepak, anda sedang diperkudakan untuk memberi ruang dan peluang kepada pembangkang untuk mendapat kuasa.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

nonbal berkata...

walaubagaimana pun, dlm keadaan ini, deepak seharusnya boleh tersenyum lebar dan boleh tidur lena, kerana ugutan rafizi hanyalah seperti mimpi dikejar hantu, bila terjaga, tiada apa yang berlaku. InsyaAllah Anwar akan mati berangan dan menutup mata tanpa sempat menginayai musuh-2 politiknya.... InsyaAllah PR akan terkubur dlm PRU13...