Selasa, 15 Januari 2013

SEJAK BILA DPMM JADI PEMANTAU KEMISKINAN

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia mengatakan bahawa orang Melayu di Johor adalah orang Melayu yang paling miskin di Malaysia dan jauh lebih miskin dari rakyat Kelantan.

Sejak bila pula DPMM jadi pemantau kepada indeks kemiskinan dalam negara? Adakah ini congakkan secara rambang Dewan tersebut?

Soalan seterusnya pula, sejauh mana Dewan Perniagaan Melayu ini membantu dalam usaha untuk menjadikan Melayu Johor menjadi kaya?

Beliau berkata demikian semata mata ramai orang luar yang masuk ke Johor untuk kerja kerja di Iskandar Malaysia.

Adakah ini boleh dijadikan batu ukuran untuk beliau menyatakan bahawa rakyat Johor miskin?

Dengan pemilikan tanah Iskandar Malaysia sebanyak 80% oleh orang luar juga tidak boleh dijadikan batu ukuran dalam memperlekehkan kerajaan dalam usaha menaik taraf kehidupan rakyat.

Apa yang Sangkakala nampak disini seperti ada kekecewaan dalam kenyataan Presiden DPMM, mungkinkah beliau kecewa kerana tidak mendapat tempat di Iskandar Malaysia hingga sanggup untuk berkata demikian.

Selaku seorang Presiden Dewan Perniagaan Melayu, beliau seharusnya mengambil sikap lebih memberi bantuan untuk menaik taraf kehidupan masyarakat dan seharusnya DPMM membuka segala peluang perniagaan yang ada kepada rakyat Johor dan janganlah beliau seolah olah membalas dendam kerana tidak memiliki sesuatu yang diidam idamkan dan janganlah beliau hanya tahu mengumpul kekayaan demi kekayaan dengan jawatan yang ada seterusnya mengeluarkan kenyataan yang mengarut.








Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: