Rabu, 16 Januari 2013

APA MAKSUD KHALID SAMAD DENGAN KALIMAH UNIVERSAL

Apa maksud kalimah Universal yang dikatakan oleh Khalid Samad dalam akaun twitter milik beliau semalam?

Khalid juga seolah olah mengatakan bahawa kalimah Allah adalah milik semua sedangkan Majlis Syura Dewan Ulama PAS sendiri sudah menetapkan bahawa penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam tidak dibenarkan.

Adakah DAP menghantar pula Khalid untuk mengusik usik lagi keputusan tersebut dalam usaha memporak perandakan keteguhan agama Islam.

Tapi Sangkakala tak rasa hairan sebab satu ketika dulu Datuk Hasan Ali semasa memegang jawatan EXCO kerajaan negeri Selangor pernah berkata bahawa ada parasit dalam PAS, dan beliau juga pernah menujukan perkara tersebut kepada Khalid.

Ini lah kepimpinan PAS yang sebenarnya, tiada penyatuan dalam perlaksanaan sesuatu keputusan.

Walaupun pemimpin PAS selama ini berkata bahawa mereka akan akur dengan keputusan Majlis Syura tapi sebenarnya mereka lebih pentingkan kuasa dan ianya sudah pastilah dijanjikan oleh DAP dan PKR.

Jadi kepimpinan sebegini seharusnya ditolak kerana tidak mempunyai pendirian dan ketetapan yang sama dalam kepimpinan, jika diberi lagi peluang kepada mereka ini, sudah pasti kejadian yang lebih dahsyat akan berlaku.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: