Rabu, 30 Januari 2013

PSM TAK SEDAR AGAKNYA NI

PSM dikatakan telah menghantar permohonan untuk menyertai Pakatan dalam pilihanraya akan datang.

Yang Sangkakala rasa pelik sikit bila kata nak MENYERTAI dan mereka telah menghantar surat permohonan kepada Pakatan untuk itu.

Mungkin PSM tidak sedar atau kurang periksa agaknya, untuk menyertai Pakatan Sangkakala tidak lihat bagaimanakah caranya kerana Pakatan Rakyat tidak didaftarkan lagi.

Jadi dengan menghantar surat untuk menyertai Pakatan Rakyat adalah sesuatu yang mustahil.

Tapi sebab nak sama sama menjahanamkan negara, mereka ini tidak peduli sama ada ianya sah atau tidak.

Berbalik kepada surat untuk menyertai tadi, Sangkakala teringin juga nak bertanya kepada PSM, kepada siapa surat tersebut dihantar? Wan Azizah, Karpal atau Haji Hadi? Kerana mereka bertiga ini semuanya pengerusi dan Presiden dari tiga parti yang berbeza.

Jadi kalau PSM kata surat mereka tidak dibalas adalah benar dan tepat kerana tidak sesiapa yang boleh menjawab surat tersebut.

Tapi ini tidak dapat dibezakan oleh PSM.

Sayang sekali kan? Mungkin kerana pemimpin ketiga tiga parti ini melihat kebodohan PSM, maka permohonan tersebut di biarkan.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: