Khamis, 31 Januari 2013

MAHFUS DAH TUNJUK GELABAH

Nampak sangat Mahfus buat kerja tak profesional, baling batu sembunyi tangan, baru baru ni buat pertanyaan seolah olah satu tuduhan, hari ni pusing 360 darjah kata itu hanya pertanyaan kepada kerajaan.

Mengulas tentang surat arahan penghantaran kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah, Mahfus mengatakan beliau meminta penjelasan sama ada perkara itu benar atau tidak, seolah olah beliau mengatakan bahawa surat yang diterima melalui pos kononnya adalah benar.

Namun setelah Datuk Seri Hishamuddin mengatakan ianya palsu dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara akan membuat laporan polis serta merta beliau (mahfus) mengatakan itu adalah soalan dan sekiranya polis mahu menyoal siasat beliau kenalah soal siasat penghantar surat (postman) yang menghantar surat tersebut ke rumah beliau.

Apa punya bangang MP Pokok Sena ni, sepatutnya beliau boleh mengemukakan soalan sama ada surat yang beliau terima itu sahih atau tidak bukannya bertanyakan soalah sama ada benar atau tidak kad pengenalan tersebut dihantar ke Sabah.

Disitu sahaja kita semua sudah dapat melihat bahawa mahfus tidak bukanlah seorang yang cerdik dalam menyusun kata kata atau mungkin sudah agak ridau jika disiasat oleh polis atau pihak berwajib, beliau menepis dengan cara yang agak bodoh.

Jadi terpulanglah kepada orang Pokok Sena sama ada mahu memilih orang yang sebegini untuk menjadi wakil mereka di Parlimen atau tidak.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: