Saranan untuk membakar Bible dalam bahasa Melayu yang dilakukan oleh PERKASA adalah satu tindakan yang paling tepat bagi Sangkakala.
Ini kerana, umat Islam adalah dilarang untuk membaca kitab tersebut kerana dikhuatiri akan memesongkan aqidah sebagai umat Islam.
Tapi walau bagaimana pun untuk menghormati orang bukan islam yang mempercayai kitab tersebut maka eloklah ianya dibakar dari pada dicampak merata rata seperti didalam tong sampah dan sebagainya.
Jika keadaah itu terjadi ianya nanti mungkin akan memburukkan keadaan dimana orang bukan islam yang mmepercayai kitab tersebut akan mengatakan bahawa orang islam tidak menghormati mereka atau agama atau kitab yang mereka percayai.
Ini perlu diambil kira kerana kita di Malaysia hidup dalam masyarakat majmuk yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama, jadi untuk menjaga sensitiviti kemasyarakatan ini tidak salah ianya dibakar sekiranya ia diberi oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Tetapi adalah dinasihatkan juga supaya umat Islam di negara ini tidak membeli kitab tersebut lalu membakarnya kerana kita mempunyai undang undang dibawah akta percetakan yang membolehkan pihak berkuasa atau berwajib merampas atau melupuskan setiap bahan bercetak yang tidak mengikut piawaian percetakan.
1 ulasan:
idea paling mengarut dalam planet bumi. tindakan bodoh. ko ingat orang melayu saja yg memajukan negara malaysia. melayu juga yang merosakan negara. tidak terfikir kah tanpa sabah dan sarawak tiada istilah menara kembar petronas?
Catat Ulasan