Sangkakala juga setuju dengan pandangan bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.
Beliau mengatakan bahawa ianya telah termaktub di bawah undang-undang di 10 negeri yang menetapkan penggunaannya hanya untuk orang Islam sahaja dan semua pihak harus menghormati peruntukan undang-undang tersebut dan tidak mempersoal mahupun membangkitkan perkara itu sama sekali.
Perlembagaan Persekutuan juga dengan jelas menyatakan bahawa Islam merupakan agama rasmi negara, justeru semua pihak termasuk bukan Islam perlu memahaminya serta tidak menuntut perkara yang tidak sepatutnya.
Dalam kenyataan oleh Tun Ahmad Fairuz itu jelas menunjukkan bahawa pihak pembangkang telah melanggar perlembagaan negara, dan seperti juga sebuah parti, ianya terikat dengan perlembagaan dan jika sesiapa didapati melanggar perlembagaan boleh dikenakan tindakan.
Ini juga bermaksud, pihak yang melanggar perlembagaan ini boleh dikenakan tindakan undang undang.
Lagi satu, apa yang Sangkakala lihat kini ialah, orang yang melanggar perlembagaan ini tidak mustahil akan menukar perlembagaan tersebut demi untuk mencapai apa yang diingini oleh mereka kerana ianya menjadi halangan kepada agenda perubahan mereka.
Dalam konteks ini Sangkakala melihat pembangkang telah cuba mencetuskan rasa kurang senang umat Islam di Malaysia dan apa yang sebenarnya mereka (DAP) inginkan ialah kesaksamaan dalam segala hal diantara Melayu Islam dan Bumiputera dengan bukan Islam atau bukan bumiputera.
Untuk mencapai kesaksamaan itu, adalah tidak mustahil mereka akan mengubah perlembagaan negara dan keistimewaan orang Melayu Islam itu akan terpadam dengan sendirinya.
Kita khusunya orang Melayu juga perlu sedar bahawa agenda ini telah lama dicadangkan oleh puak pembangkang khusunya DAP hingga terjadinya satu rusuhan kaum pada 13 mei 1969.
Ini perlu kita kekang supaya kesinambungan keistimewaan orang Melayu itu berterusan dan tidak sesekali diperkotak katikkan.
Mungkin ada Melayu yang tidak sedar tentang agenda ini dan mereka terus menyokong secara membabi buta akibat daripada termakan hasutan serta dakyah terpesong yang diilhamkan oleh pembangkang.
Cuma kita sebagai rakyat Malaysia yang mahukan kesejahteraan serta kemakmuran ini berterusan dan sudah semestinya kita menolak mereka ini daripada menjadi peneraju kerajaan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
1 ulasan:
PIHAK BERKUASA TIDAK MUNGKIN BERTINDAK KEATAS MEREKA INI SEBALIKNYA MEREKA AKAN HANYA BERTINDAK KEPADA ORAN2 MELAYU PERKASA DAN JATI
Catat Ulasan