Isnin, 14 Januari 2013

DEEPAK MENGEMIS SIMPATI PEMBANGKANG

Penjual karpet kontroversi, Deepak Jaikishan kini dilihat tidak ubah seperti pengemis yang meminta simpati.

Beliaua ada membuat pendedahan mengatakan bahawa beliau tiada apa apa kepentingan atas pendedahan kononnya berlaku pentelewengan dalam kerajaan.

Bayangkan sebegitu lama Deepak dikatakan berurusan dengan pihak kerajaan, baru kini beliau membuat pendedahan.

Jika benar apa yang dikatakan oleh beliau sebagai penyelewengan, sudah pasti lama dulu beliau membuat pendedahan, mengapa kini baru keluar semua perkara mengarut yang dikatakan oleh beliau?

Sudah pastilah Deepa mempunyai agenda tertentu dalam memfitnah Perdana Menteri serta isteri seterusnya kerajaan Malaysia.

Mungkin juga beliau merasa kerugian setelah terpaksa melepaskan tanah di Kota Raja dalam usaha menyelamatkan diri dari belenggu hutang yang bernilai ratusan juta ringgit dan kini beliau bercadang untuk merampas semula tanah berkenaan.

Atau mungkin juga Deepak merasakan sekiranya beliau melemparkan fitnah fitnah tersebut maka pihak pembangkang akan tampil menyokong seterusnya memudahkan beliau membuat pengabil alihan semula ke atas tanah tersebut.

Pelbagai andaian boleh bermain di fikiran rakyat, namun apa yang penting, rakyat Malaysia harus tahu bahawa ini semua adalah dakyah pembangkang yang sentiasa memburukkan kerajaan kini dengan menggunakan kambing hitam bernama Deepak pula.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: