live streaming / siaran langsung

Rabu, 16 Januari 2013

BLOGGER NADIBELIA UNTUK APA MENGHENTAM KEPIMPINAN

Agak hairan pulak Sangkakala dengan blogger baru ni, beliau menamakan blognya sebagai nadibelia bermakna ianya adalah nyawa kepada belia.

Namun setelah Sangkakala baca apa isi kandung artikel beliau, Sangkakala perhatikan ianya semua menghentam kepimpinan belia dalam negara.

Apa yang Sangkakala nampak, blogger ini seolah olah salah seorang dalam kepimpinan belia juga yang kecewa atau gagal mendapatkan sesuatu atau tidak terpilih menjawat apa apa jawatan pada pemilihan lepas.

Blogger ni juga menghentam hingga ke Kemneterian Belia dan Sukan, tapi sebab apa? Apa masalah yang sebenarnya? Hingga melibatkan Kementerian?

Artikel yang beliau keluarkan tentang hari belia negara Sangkakala rasa tidak bertepatan dengan apa yang ditulis oleh beliau.

Pada Sangkakala hari belia negara adalah satu karnival yang amat berjaya dan untuk makluman kepada blogger Nadibelia, Kementerian tidak menggunakan duit yang disalurkan oleh kerajaan, tetapi Kementerian mencari inisiatif dengan mencari penaja penaja untuk membiayai program tersebut dan ianya telah berjalan dengan jayanya.

Sangkakala nasihatkan kepada blogger Nadibelia, ramai dikalangan belia menyokong kementerian dalam usaha untuk memartabatkan belia, dan satu lagi belia hari ini lebih cenderong ke arah penyatuan dan bukan perpecahan seperti ini.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: